Saturday, 26 August 2017

UiTM Rembau

Bismillah.



Mitsuha Miyamizu - Kimi No Na Wa


Assalammualaikum w.b.t

Well.. Hai kalian! Minna-san wa o genki dess ka? bertemu lagi di entri kali ini. Hah. Rajin pula patik buka blog tiap kali tengah malam tiba.

Ok. Kali ni patik mau kongsi tentang.. tempat pengajian patik yang terkini iaitu di Universiti Teknologi Mara Kampus Rembau! yeahh... 

Rembau Most Wanted Yowwww 😎


  Ok untuk pengetahuan kalian, sekarang patik hampir menamatkan pengajian di UiTM ni, yang mana sem depan sudah menganjak masuk ke sem 5 Inshaa Allah. Tahun terakhir di IPT la katakan. 

Penambahan lagi, Alhamdulillah, dalam banyak2 manusia dalam planet ini, Allah pilih kami... Kami adalah FIRST BATCH yang merasmikan UiTM Rembau ni.


Hiks. Acah poyo 

So far, semuanya ok. Menenangkan. Hijau mata memandang. Dipenuhi sawit. So sawitt :) Bersyukur dengan kemudahan yang serba lengkap disediakan disini. Kecuali.. TIADA KEMUDAHAN ATM. :o


Dengar kata, 5 tahun lagi barulah ada kemudahan ATM. So setakat ni banyak pelajar yang berulang alik ke pekan terdekat yang ada kemudahan ATM..dan pekan terdekat itu pun mengambil masa sekurang-kurangnya 15 MINIT dengan menaiki kenderaan. Jangan jalan kaki kayyh xD



"Apa saja kekurangan yang dihadapi sewaktu belajar ni, anggap saja semua itu cabaran dalam menuntut ilmu."

Jihad menuntut ilmu! :)



Kalian, nah! di bawah ni sedikit sebanyak gambar pemandangan sekeliling UiTM Rembau yang patik dapat kongsikan :)


UiTM Rembau 
Pusat Islam UiTM Rembau

Tangki Putih Misteri - UiTM Rembau
Tok Puan 1 & 2 : Kolej untuk mahasiswi
Dato Syah Bandar : Kolej untuk mahasiswa


Pemandangan di UiTM rembau sangat mendamaikan & menenangkan. So jangan duduk saja di bilik terperap. Go discover the nature! 😍😍



Langit Petang UiTM Rembau.
Pemandangan dari bumbung Toh Puan 2 <3 (AMARAN : Jangan naik bumbung ok? bahaya.) xD




Sang Bulan mengintai di Toh Puan




INDAH CIPTAAN ALLAH KAN ? ;)

Semoga bermanfaat!


Wassalam.


Siti Fatimah Tomas,

27 Ogos 2017.
4:06 pagi.


2 comments:

  1. Urrghhhh... I'm so jealous how pretty the sky there!

    ReplyDelete
  2. Agak² jarak Dari Uitm rembau ke KTM rembau bape min?

    ReplyDelete