Sunday, 27 August 2017

Result Exam !

Bismillah..


Chitanda - Hyouka

Result exam ajaib. 👀


Salam. hai! haha. :D saja nak share sikit pasal suasana dapat check result exam. :)
semalam, rata2 dah dapat tau kan result masing2. Ada yang gembira, malah ada juga yang kecewa. Takpa2, dengar sini. Let me cer the story.

"Allah bagi kita semuanya yang terbaik. Tiada apa yang buruk belaka. Kalau kita dah usaha sehabis2nya, tapi still tak berjaya? apa maknanya?
Itu Allah suruh kita usaha lebih lagi." :)



Ok, aku nak share sikit pengalaman aku. Dulu, aku student diploma. Aku memang seorang yang tak pandai pun. Diploma dalam bidang tahfiz. Sem 1, pointer aku teruk. Sem 2, still sama teruk..


Aku muhasabah balik, maybe tu akibat aku banyak lalai dari menjaga Quran. Yelah. Iman aku pun bukannya power sangat. So sem 3, aku try bangkit perlahan2. Tapi, entahlah, aku still teruk jugak. AKu gagal exam 2x. Dah repeat pun, gagal jugak. Last2 aku diberhentikan pengajian. Atau dalam bahasa lain, dibuang. 



HuHU. Sedih bhai. Lepas kena buang, aku try ushar2 mana tempat study nak amek diploma lain. Walhal umur aku masa tu dah 19.

 Aku mohon 2 kolej. Satu di Kelantan, satu lagi di Shah Alam. Alhamdulillah, dua2 dapat. Bersyukur. Then aku buat keputusan nak pilih yang Shah Alam sebab dekat dengan negeri aku. Tapi, keputusan aku tu dibantah sekeras2nya oleh akak aku sebab katanya kalau sambung diploma lagi sekali, dah kena berhutang PTPTN. Yelah kami bukan orang senang. So, aku akur dengan akak aku, cancel je tawaran kolej tu. Then akak aku suruh amek Stam. 



Peh. 

Sejak sekolah menengah lagi aku tak pernah berniat nak amek stam, sebab aku memang takda basic belajar silibus Azhar @ SMA. Sekolah aku dulu memanglah sekolah tahfiz, tapi kami takda aliran Azhar so takda basic la kan kiranya. Salah satu alasan aku kena amek stam sebab yuran murah, duduk asrama, then singkat je setahun. Ok, aku setuju walaupun hati macam nak taknak.


Umur 20 tahun. Aku daftar masuk sekolah stam aku. Kawan2 lain semua umur 18, 19. Aku je paling tua masa tu. Kau bayangkanlah, aku dulunya student Ipt, kolej, diploma, lifestyle lain dan imej agak dewasa...


Tapi, bila masuk je sekolah stam.. aku 100% terpaksa berubah. Aku dapat duduk asrama. Asrama ada peraturan ketat. Aku daripada berjanggut panjang, terus dicukur menjadi dagu yang licin seksi. Hahah. Aku duduk sedorm dengan adik2 form 1, 2, 3 n 4. Sebelah katil aku budak form 1. Aku dapat katil depan pintu bilik. Hari pertama aku ke sekolah, aku berpakaian lengkap berbaju sekolah. Sambil ikat tie depan cermin, aku tergelak sorang2 tengok imej aku sendiri. Hahah.Sambil aku cakap dalam hati "sapa suruh belajar main2 dulu, kan dah kena buang, dan skarang, nasib la kena jadi budak skolah balik".



AKu ke sekolah, hari2 beratur di perhimpunan. Sumpah memang lawak gila. Beratur, akulah paling depan sekali. (Aku ni kenit je orangnya haha). Muka aku memang macam budak2 skit, lebih2 lagi dah cukur misai n janggut. Pastu bila beratur dok depan sekali. Budak sekolah tahu aku umur 20, Then adik2 form lain tengok aku, senyum2. Kau rasa? bengang bhai. hahaha



Setahun aku kat skolah stam tu, aku memang study giler2 sebab niat aku nak bngkit dari kegagalan. Yelah. Kena buang, then terpaksa masuk 'penjara'. Aku study betul2. Nak tahu? aku ni memanglah tak pandai mana. Basic Azhar pun takde. Setahun tu, semua exam aku GAGAL. 



Diulangi, GAGAL!

Bulanan pertama, kedua, pertengahan tahun, bulanan ketiga, keempat dan trial stam. Semuanya gagal. Kecewa bhai. Tapi, disebabkan aku tahu yang aku ni lembab, bodoh dan bebal sikit, aku try improve diri aku untuk berbakti pada guru2. Aku rapat dengan semua guru2 stam aku, selalu tolong diorang, angkat buku, lepak2 dengan guru, warden, bersihkan bilik meja semua, dll. Aku buat tu dengan harapan, guru2 akan mendoakan kejayaan aku (tetiba mata berair).



Ok nak tambah sikit. 

Disebabkan aku seorang yang lembab, aku biasakan diri aku buat ibadah2 kecil. Macam, tiap2 malam usaha buat qiammullail. Tahajjud, Taubat dan Hajat. Dan diakhiri dengan Witir.

Aku ni, jenis pelik sikit. Aku suka solat di tempat2 rare. Surau asrama aku dekat dengan bumbung. So, bila nak qiam, aku akan panjat bumbung, dan solat di atas kawasan lantai yang ada ruang sikit kat tepi bmbung tu.


Feeling dia?
Allah, heaven gila bhai. Kau solat, atas kepala kau langit terbuka luas. Time doa, aku pandang langit. Bukan la aku nak kata Tuhan tu wujud di langit. Tapi, dia pnya 'feel' dia , kau dapat rasakn waktu kau berdoa tu, Allah dekat sangat2 dengan kau. Ha gittew. Lagi, amalan lain yang aku buat, korang tahu kan ada tasbih digital yang tekan2 tu? aku ada beli 1. Then, aku amalkan zikir aku, sehari wajib 5000. Setiap selang waktu solat fardhu, mesti zikir 1000, dibahagikan kepada 4 zikir. Subhanallah 250, Alhamdulillah 250, La ilaha ilallah 250 dan Allahu Akbar 250. Ok, aku tak perfect, so kadang2 ada hari tu aku kantoi gak la, tak cukup 5000 pun. Haha. Tapi, still la buat. hahaha



*


Masa berganti masa, akhirnya exam stam pun tiba. Aku jawab semuanya dengan apa yang aku ada. Paper last, subjek balaghah. Subjek tu aku memang fail giler, sejak awal tahun sampailah exam. Aku tak bape paham. So masa jawab paper tu, aku dapat buat sikit je. Tapi, nak buat camne. Aku tawakkal je la. Lagipun, kan ada markah back up kerja kursus. Hahaha.




*


Hari result stam.

malam sebelum hari result tu, aku rasa aku nak buat qiam paling perfect. AKu tido awal, then dalam kul 2 lebih, aku terjaga. Aku siap2, then aku keluar rumah. Akak aku tanya nak gi mana, aku cakap nak gi masjid. Tapi, aku tipu. 


Aku tak ke masjid. 

Aku ke mana? pantai. Aku ride motor legend aku tu, sampailah pantai. Aku cari port best, dapatlah kat kawasan tepi gigi air, bersebelahan dengan kawsan batu2 pantai. Aku bentang serban coklat aku, aku amek wudhuk kat gigi air, then, aku berdiri di atas serban (sejadah ler). Aku pandang laut paling hujung, aku pandang langit paling jauh, aku niat dalam hati, malam ni aku nak rasa lagi dekat sedekat2nya dengan Allah.


Takbir diangkat. Allahu akbar.. aku teruskan qiam aku macam biasa. Tahajud, taubat dan hajat. Part hajat, lepas bagi salam. AKu tadah tangan, dan, mulakan doa. Aku pandang langit, bintang2 banyak sangat, dan, aku mulakan doa aku. Panjaaaang sangat, aku merayu giler2 pada Allah, agar result aku yang bakal keluar esok adalah result yang terbaik untuk diri aku sendiri. Yelah, exam sepanjang tahun gagal je memanjang. Aku tak sanggup nak terima kalau result aku still gagal. Nanti kena repeat hujung tahun depan. Ishh. Taknak aku. Aku dah letih menghadapi kegagalan. AKu doa, agar Allah kira n hitung kesemua amalan2 dan kebaikan aku sepanjang tahun. Samada dengan guru2, warden, kawan2, adik2, malah haiwan (aku zaman tu still suka bagi kucing jalanan makan)..


Aku rayu, rayu, rayu, rayu dan rayu serayu2nya dalam menangis. Memang takda rupa jantan dah masa tu hahahaha. Nangis sungguh2 beb! Yalah. Kita minta bantuan bukan dari orang, tapi Allah. Tuhan kita. So, dalam dah dekat subuh, lama gak aku qiam kat pantai, aku gerak balik, snggah masjid dekat ngan umah aku untuk solat subuh.



Tengahari tu, sebelum keluar rumah, aku buat solat dhuha, dan niat tawakkal 100% apa sahaja yang bakal terjadi slepas ni. Aku ride moto legend, gi sekolah, jumpa kawan2 stam. Borak2 heppy2, maka tibalah majlis pengumuman keputusan stam. Dimulai dengan Mumtaz, then jayyid jiddan. Tu je. Jayyid, Maqbul dan Rasib sila ambil keputusan di meja ye. hahaha. Sedih aku, tak tercalon dalam mumtaz or jayyid jiddan. kah kah kah. So, aku dengan steady, aku beratur nak amik result. Berdebar nih. dEPAN AKU, sorang2 ada yang muka bersyukur, ada yang kecewa. diorang dapat rasib (gagal). hmmm. terasa sedih lak aku. padahal, kami belajar sama2. tiba turn aku, aku dekatkan diri dengan meja, isi nama, sign, dan…ustazah mencari helaian slip aku…



berdebar2..



tiga..dua..satu..


"Nah adnin, result awak" sambil senyum. Aku pelik. Aku amek slip tu dri ustazah, dan, Alahmdulillahh!!! JAYYID. perghhhhhhh. menangis weh akuu…alhamdulillah ..syukur syukur sykur syukur ya Allah…makbul gak doa2 aku selama ni..Allah… :') tetiba mata berair



Allahu akbar. Allah maha besar atas segala sesuatu. Aku tak sangka, akhirnya Allah makbulkan juga hajat aku. Sedih n sebak weyyhh. Sepanjang tahun aku study giler2 then gagal, gagal dan gagal. Aku tahu aku lembab n bebal. AKu tahu aku lemah. Thats why aku try something dengan harapan, kebajikan2 n amalan2 tepi tulah yang menjadi sumber2 doa dalam diam yang kita tak sangka dan tak nampak. Then aku terus jumpe kawn2 aku, diorang ucap tahniah sebab dapat jayyid. Aku jumpa gak ustaz2 n ustzah2 aku, ucap terima kasih sangat2 sebab sudi ajar aku budak yang slow n canguk n selalu mengantuk dalam kelas ni(mengantuk ni penyakit yang kekal sampai sekarang haaha).



Aku tengok kawan2 aku yang lain, tiba2 jadi sayu. 

Kesian dorang. Kami study sama2 siang malam, kadang2 aku dah macam amek over time keje, bila skolah habis jam 3 ptg, tapi aku stay kat skolah, solat zuhur, then pergi kelas balik, study dengan kawan2 aku. Kadang2 aku ada gak ajar kawan2 aku ni subjek2 yang aku faham, contohnya subjek Arudh Qafiah. Even aku tak pandai, tapi aku try sharing apa yang aku tahu. 



Try to improve & help another to get what we want.




*


Aku balik rumah, aku termenung panjang. Aku analisi, maybe, kejayaan aku yang hanya dapat jayid ni, adalah daripada doa2 parent, guru, warden, asatizah, kawan2 dan kucing barangkali. Hahaha. Benarlah kata pepatah. Kita berjaya, bukanlah kerana usaha kita sangat pun, tapi disebabkan muncul tangan2 misteri yang mendoakan kita secara senyap setelah kita membantu mereka suatu masa dahulu. Alhamdulillah.


Kini, aku dah tahun 2 di U. Kawan2 aku yang rasib stam tadi, semuanya dah berjaya. Ada yang dah jadi guru Kafa, ada yang dah tahun akhir diploma, ada yang dah kerja tetap, ada yang dah kawen! ada yang dah belajar kat Mesir selepas repeat stam dulu and macam2 lagi rezeki diorang.


KORANG, aku nak nasihat, andai harini kita gagal walaupun usaha sehabis baik, percayalah, ada sesuatu yang Allah rahsiakan daripada kita. Ada surprise yang Allah nak tunjuk. Kita just sabar je, Sabar dan redha. Percaya, usaha, usaha!! yakin, yakin dan yakinn dan tawakkall setingggi5x tawakkal kepada Allah. Rahmat Allah tu luas seluas2 galaksi.


Trust me,

Bila Allah dah REDHA,
no one can stop YOU.


 Good luck! :)




C/P from : - Jebat, iiumc confession facebook page, 2016.






Aku Pencuci Jamban.

Bismillah.




Genos - One Punch Man


Assalamualaikum w.b.t kalian sekalian yang sudi datang menjenguk blog patik ini. :)
Terima Kasih :)

Ok. So kali ini patik mahu share sometim.

Bacalah. ;D

Tahu ?

Aku kan pernah terbaca pasal seorang imam besar di Mekah atau Madinah (tak pasti)..

Alkisahnya..

Pernah satu ketika, imam besar tu dipuji-puji oleh jemaah, dan dia pula terasa bangga. Tapi, nda lama kemudian dia sedar dia hampir menjadi riak. Tidak lama lepas tu.. (wah formal pula ya bahasaku haha) tiba waktu solat.

Para jemaah punyalah sibuk cari imam besar tu. Rupa-rupanya imam besar tu pergi ganti baju & cuci seluruh tandas di masjid tersebut. 

Sambil menangis-nangis tentang dirinya yang dirasakan jijik, hina hanya sebab, beliau terasa bangga akibat dipuji sedikit.

Nah! Itulah sikit sebanyak yang patik ingat. Huhu jadi, lepas ni bila tiba giliran kita cuci tandas.

Bayangkan saja kita sedang cuci kotoran-kotoran hitam yang ada dalam hati kita ni. 

  Menangis la dalam tandas tu.
Tiada siapa tengok mu cuci tandas.


Anggap saja la tinja 💩 dan kepelbagaian sisa kumuhan dalam tu yang susah tanggal ibarat noda hitam yang melekat dalam hati kita ni. Beruskan saja!! Yezaaaa..


Tapi jangan lama sangat dalam tandas. Sebab tu rumah setan. 😈

Wallahu'alam

P/S : Aku sebenarnya suka cuci tandas. Series. Kalau boleh hari-hari aku mahu bersihkan tandas. Bagi aku, ia satu kepuasan.

Kepuasan menyental sisa-sisa kotoran degil tu semua. haha. geli kan? It's my hobby. Well sedangkan hati lain-lain, inikan pula hobi masing-masing. 

Sambil-sambil menyental tu kadang-kadang aku boleh kesat airmata sedih. 

Chihiro - Spirited Away



Wassalam.


Siti Fatimah Tomas,
28 Ogos 2017.
3:34 pagi.

Saturday, 26 August 2017

UiTM Rembau

Bismillah.



Mitsuha Miyamizu - Kimi No Na Wa


Assalammualaikum w.b.t

Well.. Hai kalian! Minna-san wa o genki dess ka? bertemu lagi di entri kali ini. Hah. Rajin pula patik buka blog tiap kali tengah malam tiba.

Ok. Kali ni patik mau kongsi tentang.. tempat pengajian patik yang terkini iaitu di Universiti Teknologi Mara Kampus Rembau! yeahh... 

Rembau Most Wanted Yowwww 😎


  Ok untuk pengetahuan kalian, sekarang patik hampir menamatkan pengajian di UiTM ni, yang mana sem depan sudah menganjak masuk ke sem 5 Inshaa Allah. Tahun terakhir di IPT la katakan. 

Penambahan lagi, Alhamdulillah, dalam banyak2 manusia dalam planet ini, Allah pilih kami... Kami adalah FIRST BATCH yang merasmikan UiTM Rembau ni.


Hiks. Acah poyo 

So far, semuanya ok. Menenangkan. Hijau mata memandang. Dipenuhi sawit. So sawitt :) Bersyukur dengan kemudahan yang serba lengkap disediakan disini. Kecuali.. TIADA KEMUDAHAN ATM. :o


Dengar kata, 5 tahun lagi barulah ada kemudahan ATM. So setakat ni banyak pelajar yang berulang alik ke pekan terdekat yang ada kemudahan ATM..dan pekan terdekat itu pun mengambil masa sekurang-kurangnya 15 MINIT dengan menaiki kenderaan. Jangan jalan kaki kayyh xD



"Apa saja kekurangan yang dihadapi sewaktu belajar ni, anggap saja semua itu cabaran dalam menuntut ilmu."

Jihad menuntut ilmu! :)



Kalian, nah! di bawah ni sedikit sebanyak gambar pemandangan sekeliling UiTM Rembau yang patik dapat kongsikan :)


UiTM Rembau 
Pusat Islam UiTM Rembau

Tangki Putih Misteri - UiTM Rembau
Tok Puan 1 & 2 : Kolej untuk mahasiswi
Dato Syah Bandar : Kolej untuk mahasiswa


Pemandangan di UiTM rembau sangat mendamaikan & menenangkan. So jangan duduk saja di bilik terperap. Go discover the nature! 😍😍



Langit Petang UiTM Rembau.
Pemandangan dari bumbung Toh Puan 2 <3 (AMARAN : Jangan naik bumbung ok? bahaya.) xD




Sang Bulan mengintai di Toh Puan




INDAH CIPTAAN ALLAH KAN ? ;)

Semoga bermanfaat!


Wassalam.


Siti Fatimah Tomas,

27 Ogos 2017.
4:06 pagi.


Friday, 25 August 2017

Budak Tom-A-To

This is me everytimes. 

It's disappointing and sad, both at once. When your head is overwhelmed with unspoken words.

My vision gets blurry day by day. It'confusing. The unseen wound is painfully excruciating. The silent scream is deafening. Sleepless night, by night.

Hell exists in this world, I swear to God it exists.

In the coldest night. In the darkest hour. In this sad, sad memory I wander. Alone, and honestly so lonely.

People around acted like they know me.
Judging me like they created me.

Truth is, they did create me. They shaped me to somebody they wanted me to be, even when that means I have to put masks on masks to cover my true self. I have to put on the sweetest smile I got, made by the saltiest tears.

It's hard, and life has never been easy.

I told you I gave up on you, on us. It was actually me that I gave up on.
I gave up on myself.

I'm never gonna make you happy. I'm never gonna make you smile, for I don't know what a smile is. And I have no idea what happiness means.


I swear to God when I said "it's not you, it's me." I was being brutally honest.

It wasn't your fault, never is, and never will be.


My sadness is immortal. It can't be killed. No matter how many times we tried, we ain't killing it. We're killing me.


I've always wanted you, but you're an angel who fell in love with a demon.
And I'm the demon, who fell in love with the sweetest, prettiest angel.

I'm the demon, wearing a mask of a monster, who is wearing a mask of a fallen angel, who is pretending to be the most decent person you've ever met.

Sadly, life is a constant battle of good and bad.
Heaven and hell aren't one. They are separated, yet they're joined into one, in which we call it, this world.

This heartache is unbearable. The whispers are real. The pain is inevitable.

Tonight I took few sips of liquor, and take a couple puffs of cig.
Tonight I took the blade, and slowly cut it along my thigh.
Tonight I stood on a rooftop, screaming my lungs out.
Tonight I stared at the night sky, it's brighter than my life.

Tonight I took a final glance at your photograph inside my wallet.

Tonight I decided to end this all, make it fast so the pain won't last.

I'm sorry you had to fall in love with a demon.
I should've known where I belong.

I'll be loving you from afar.
Just as how I've been doing so far.

I love you, but I hate myself.
And truly, one can never learn to love others when they don't know how to love themselves.

Credits - (Budak Tomato,2017)




Thursday, 24 August 2017

Tim,s First Post! :)

Bismillah.

Kuriyama Mirai - Kyoukai No Kanata


Mashaa Allah!!



Huarghhh! Akhirnya patik tercipta blog sendiri!? hmm..

kenapa? pada detik ini, jam1:35 pagi..kenapa patik di sini?

Alkisah.. Sebenarnya tadi patik mencari chord guitar.. 

Tapi takdir pula menentukan patik terdampar disini dan.. dan patik tercreate pula blog ni!?


Fuh. Tarik nafas. Hembus. Setiap yang berlaku pasti ada sesuatu disebaliknya.


Hm..

"Semua benda yang kita lakukan.. Akan dipersoalkan di Akhirat kelak.."


So.. alang-alang suda buat blog ni.. hmm patik cuba la kongsi apa2 yang bermanfaat. Inshaa Allah.

huhu.

 Tu pun kalau aku buka blog ni. (-_-")





Wassalam.



Siti Fatimah Tomas,
25 Ogos 2017.
2:06 pagi.